Kursus Reverse Engineering (3D Scanner) & Rapid Prototyping (3D Printer) dengan Kerjasama DRB-HICOM University Of Automotive
Kursus Reverse Engineering (3D Scanner) & Rapid Prototyping (3D Printer) telah diadakan pada 16 hingga 19 Januari 2018 dengan kerjasama DRB-Hicom University of Automotive (DUAM) melibatkan pelajar dan pensyarah bagi Program Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM).
Kursus selama 4 hari ini telah diadakan di Makmal Rekabentuk Automotif AEC dimana melalui kursus ini, peserta telah didedahkan dengan asas penggunaan alat Alat Pengimbas 3D (Perceptron 3D Scanner). Alat Pengimbas 3D ini biasanya digunakan untuk menghasilkan lukisan kejuruteraan 3D yang diimbas kepada sesuatu komponen fizikal.
Selain itu, peserta juga terdedah kepada pengetahuan teknikal Pencetak 3D dan cara Pencetak 3D digunakan. Dalam bidang kejuruteraan, Pencetak 3D ini digunakan untuk menghasilkan komponen prototaip yang lebih cepat dan efisien.