AEC Berjaya Melaksanakan Persidangan Kali ke-3 "INTERNATIONAL CONFERENCE ON AUTOMOTIVE INNOVATION AND GREEN ENERGY VEHICLE" (AiGEV 2018)
Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC) UMP berjaya melaksanakan ‟The 3rd International Conference On Automotive Innovation And Green Energy Vehicle Conference (AiGEV 2018) pada 25 hingga 26 Julai 2018 bertempat di Hotel Seri Manja Boutique Kuantan, Pahang. Persidangan yang melibatkan ahli akademik, pelajar pascasiswazah, ahli professional dan industri merupakan platform kepada para penyelidik dalam membentangkan kertas kerja berkaitan teknologi-teknologi terkini dan mempertingkatkan lagi penyelidikan dalam bidang kejuruteraan teknologi hijau, pengangkutan, keselamatan, produk dan perkhidmatan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Abdul Adam Abdullah selaku Pengarah Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC) UMP manakala Keynote Speaker yang telah dijemput adalah Profesor Ir. Dr. Azhar Dato’ Abdul Aziz daripada Universiti Teknologi Malaysia dan and Profesor Dr. Horizon Walker Gitano-Briggs daripada Focus Applied Technologies.
Persidangan AiGEV 2018 kali ini telah disertai seramai 68 orang peserta dari pelbagai universiti, pusat penyelidikan dan latihan serta industri dalam dan luar negara. Diantara peserta dari luar negara yang terlibat adalah University of Meiji (Japan), Baghdad Institute Middle Technology University (Iraq), University of Ulsan (South Korea), Prince of Songkla University (Thailand) Institut Sains & Technology Akprind Yogyakarta (Indonesia) and Al-Furat Al-Awsat Technical University (Iraq).