Program Kerjasama Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC) Bersama Syarikat G-Car Manufacturing Sdn Bhd
Bagi meningkatkan mutu dan kualiti servis penyelenggaraan kenderaan di Pusat Servis Kenderaan, pihak AEC telah melaksanakan beberapa program kerjasama dengan pihak G-Car Manufacturing Sdn Bhd dimana syarikat ini merupakan sebuah syarikat pengeluar minyak kenderaan jenama Go Auto dan juga sebuah syarikat yang menyediakan khidmat baik pulih serta penyelenggaraan kenderaan berpusat di Shah Alam, Selangor.
Sesi mesyuarat dan lawatan tapak telah dilaksanakan di Pusat Servis Kenderaan AEC dan hasil daripada sesi berkenaan pihak G-Car Manufacturing Sdn Bhd telah mencadangkan dan mengesyorkan kaedah penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh pihak AEC dalam menambahbaik pengurusan dan operasi di Pusat Servis Kenderaan meliputi pelbagai aspek terutama dari segi struktur Pusat Servis Kenderaan AEC agar memenuhi keperluan dan kriteria sebenar sebagai sebuah pusat servis kenderaan.
Selain daripada itu, program kerjasama ini diharapkan dapat membuka ruang dan peluang kepada kedua-dua belah pihak dalam melaksanakan program-program lain yang dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.